Sunday, April 15, 2012

Cara Masak Periuk Kera

Periuk Kera.. Ape tu periuk Kera??  Mengikut Wikipedia yang aku search, Periuk kera adalah tumbuhan karnivor yang hidup melata di sekitar Malaysia. Pokok Periuk kera mempunyai nama sainsnya Nepenthes spp. .

Pokok Periuk Kera biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur, kekurangan nitrogen. Pokok Periuk Kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya. Pehh.. saintis sungguh..

Ape yang aku mengarut ni.. Dipendekkan cerita, biasenye periuk kera ni dimasak mase dekat-dekat nak raye. Kat tempat aku la, (Johor) tak tau la tempat korang kan.. Kalau malas nak bakar lemang berjam-jam tu boleh la buat periuk kera ni. Hanya dengan kukus sahaja. Tak payah bekecah kat dapur. Makanan ni dikatakan eksotik sebab ia dimakan dalam hutan dengan kera.. hahaha… joke je ok.. 

Periuk kera ni boleh didapati dekat hutan-hutan dare hujan tropika. Aku tak pernah pun masuk hutan pergi cari bende ni. Sebab mak aku tempah je dengan dengan orang kampong sebelah yang memang cari bende ni kat hutan. Satu periuk kera tu antara RM0.30 hingga RM0.40. Tak tau la sekarang da naik harge ke tidak.. Sebab memang susah nak cari.Semakin pupus disebabkan tokey2 cine tebang balak hutan sesuka hati bapak die.

Korang boleh tengok prosedur membuat makanan ni seperti dibawah. Kene ikut step ok. Kalau tak memang tak jadi.. gurau je.. =D


              Ni la rupa periuk kera yang dah siap dibasuh.. basuh dulu, kau ingat nak bedal je ea...



       Ni bahan-bahannye.. beras pulut campur santan secukup rase.. letak air and garam sikit bagi masin. Ni resepi yang biase la.. kalau korang nak letak karbaid pun boleh... resepi korang kan.. hehe



        Masukkan beras pulut tersebut ke dalam periuk kera dengan sudu (lebih senang mak aku cakap).Taruk santan sikit separuh daripade kandungan beras pulut tu. Kalau penuh2 sangat nanti melimpah bile da masak. Pandai2 la bajet ye.


                                         Bile da siap, masukkan dalam pengukus. Susun elok2..


  Gunakan pengukus yang diluluskan SIRIM.





Ini la rupe bile da masak.. Boleh makan dengan rendang, sambal kacang ke, sambal belacan ke.. ape2 je lah.. Ha.. macam mane? SENANG kan ? Selamat Mencube.. =)




#makan la banyak2 periuk kera tak pe..
   jangan perangai macam kera..
 

10 comments:

  1. knp ek nme dea periuk kera? knp x periuk len..hee^^ kera mkn at lam periuk tu ea??

    ReplyDelete
  2. bukan.. itu istilah yg diguna org2 dulu.. so, kite ikut je. lagi pun smue org tau ape tu periuk kera kn? kalau ckp periuk ayam mesti org x tau ape bende tu... =)

    ReplyDelete
  3. unik masakannya ya, saya pun tau masakan ni dr nonton upin ipin , thak you infonya

    ReplyDelete
  4. Di Indonesia, Periuk Kera namanya Kantong Semar. Dan, di Indonesia Kantong Semar udah mulai langka. Pengen coba buat, tapi nggak tau mau beli periuk kera-nya dimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deforestation kills animals ...plants...us

      Delete
  5. Dont forget to visit http://hanifah-hawwa.blogspot.com/ dan http://hawwahanifah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Didaerah ku kantong semar masih banyak tumbuh liar di pinggir2 jalan. Di batam

    ReplyDelete
  7. Caesars Casino Hosts an Event at the Harrah's Casino
    The 논산 출장마사지 Harrah's Cherokee Valley River Casino Resort will host an event at Harrah's 김천 출장마사지 Cherokee 순천 출장안마 Valley 부산광역 출장안마 River Hotel & Casino 김해 출장마사지 on Sept. 10.

    ReplyDelete